Ini adalah filem tempatan yang pertama saya tonton. Secare keseruluhan saya kategorikan filem ini sederhana (6/10).
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu
yang kematian ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Bapa saudaranya, Taha, mengambil alih tugas memelihara Izzah. Walau bagaimanapun kehadiran Izzah tidak disenangi isteri Taha dan menuduh Izzah membawa bencana
dalam keluarganya. Walau bagaimanapun Izzah tetap menghormati ibu bapa saudaranya.
Pak cik Taha banyak berhutang.
Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu
kepada seorang pemilik kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak
saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari pemilik kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz bernikah dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Tetapi kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Hariz telah menikah Mila Amylia atas paksaan ibunya Datuk Sufiah walaupun Hariz sudah tidak mempunyai perasaan cinta kepada Mila.

Semasa Hariz koma di hospital akibat kemalangan jalan
raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan
merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar
dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani
hubungan dengan lelaki lain. Hariz dalam perasaan marah telah memberitahu Izzah
bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan
Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah.
Izzah kemudian
kembali ke kampungnya. Pak Dollah sangat marah dengan Datuk Sufiah dan telah
memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan
kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu
Hariz bahawa Izzah tidak bersalah.
Hariz menyesal dan amat rindukan
Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk Izzah supaya kembali
kepangkuannya. Mila pula datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari
Hariz.
Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia
tanpa rahsia lagi.
No comments:
Post a Comment